Benarkah berita bahawa sedang berlaku mogok dan piket di hadapan pejabat PT Rafi Kamajaya, sebuah anak syarikat TDM di Pontianak, Kalimantan.
Menurut maklumat yang diberikan, difahamkan syarikat
tersebut sudah berhutang sejumlah RM15 juta dengan pekerjanya.
Berikutan itu Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) mendesak Menteri Besar, Ahmad Raziff
Abdul Rahman menjawab perkara ini.
Pejabat syarikat terpaksa dikawal oleh tentera Indonesia
untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Wakil GANTI, Wan Mohd Faizul Wan Abas mendakwa masalah
kewangan syarikat berlaku semenjak 2011 lagi.
Kewangan semakin tenat tahun demi tahun. Difahamkan juga
kemuncak kegawatan kewangan syarikat ialah pada 2014, katanya.
Pengerusi TDM,, Tan Sri Dato' Wan Abu Bakar |
“Yang peliknya, kami dimaklumkan bahawa pelaburan TDM
sangat besar dalam syarikat berkenaan tetapi kenapa masih berhutang dengan
pekerja?” tanya beliau.
TDM merupakan anak syarilat kerajaan negeri. Bermakna ia
adalah aset rakyat Terengganu secara tidak langsung.
“GANTI desak Menteri Besar jawab isu ini seberapa segera
sebelum pembongkaran yang lebih banyak berlaku, “ katanya dalam kenyataan hari
ini.
Pada 29 Mei lalu, teganukita yang memetik kenyataan Pengerusi TDM, Leftenan Jeneral (B)
Tan Sri Dato’ Wan Abu Bakar Wan Omar, bahawa TDM, syarikat pegangan pelaburan
milik kerajaan negeri yang terlibat secara aktif dalam industri perladangan dan
penjagaan kesihatan mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM380.8 juta bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Bahagian Perladangan Kumpulan TDM menurun sedikit.
Walaupun pendapatan lebih rendah, Bahagian Perladangan mencatatkan PBT lebih
tinggi sebanyak 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Manakala Bahagian Penjagaan Kesihatan pula mencatatan
pendapatan lebih tinggi berjumlah RM165.2 juta, peningkatan sebanyak 27 peratus
berbanding RM130.3 juta pada tahun sebelumnya.
“Seiring denga prestasi kewangan bagi tahun keangan
berakhir 2015, Kumpulan akan membayar dividen kepada pemegang saham dengan
pembayaran dividen yang dicadangkanb berjumlah RM17.8 juta,”katanya dalam satu
kenyataan kepada media.
Sementara itu, TDM dijadualkan bakal mengadakan mesyuarat
agung kali ke-51 dan juga mesyuarat agung luar biasa pada 31 Mei (Selasa) ini,
di Permai Hotel, Kuala Terengganu.