Status tanah yang
merupakan tapak projek pembinaan masjid di Kuala Berang yang menjadi isu di
Terengganu merupakan tanah yang diwartakan sebagai tanah milik Kerajaan Negeri.
Ia diwartakan di bawah seksyen KTN62 dan penyelesaian
pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri telahpun dibuat pada tahun 2006. Tanah
ini dikawal selia oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (PHEANT).
Selain itu, projek yang
menelan kos sebanyak RM24 juta ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu pada November 2016
dan dijangka siap dalam tempoh sdua tahun.
Konsep pembinaan
bercirikan Islamik dijangka akan menjadikan kompleks hotel dan ruang niaga ini
sebahagian daripada mercu tanda Masjid Sultan Mahmud tanpa menjejaskan
pemandangan serta aktiviti masjid.
Sebanyak lebih 138 lot
parking turut disediakan kepada awam tanpa menjejaskan lot parkir khas yang
akan disediakan kepada pengunjung hotel.
Ahli Dewan Undangan (ADUN)
Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang semalam menyangkal dakwaan aktiviti
masjid bakal terjejas dan akan wujudnya masalah gejala sosial di hotel yang
akan menganggu ibadat.
Beliau memberi contoh
Hotel Grand Puteri yang dibina berhampiran Masjid Putih di Bandaraya Kuala
Terengganu yang juga dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang ingin
beribadah.
Tengku Putera bagaimanapun
mengakui pihak arkitek telah memohon
kebenaran dan kelulusan pelan pembangunan dari pihak Majlis Daerah Hulu
Terengganu (MDHT) dan kini masih dalam
proses menunggu kelulusan.
Beliau, semalam, mengadakan satu sidang media di Pusat Khidmat
Adun di Kuala Berang bagi menjawab isu
berbangkit mengenai projek pembinaan kompleks hotel berhampiran dengan Masjid
Sultan Mahmud.
Ini susulan sebuah
jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh parti pembangkang PAS, telah membuat
beberapa siri bantahan serta aduan menolak cadangan pembinaan kompleks hotel
tersebut.
Jawatankuasa yang
menggelar kumpulan mereka sebagai ‘JK Bertindak Selamatkan Masjid Sultan
Mahmud’ dan diketuai oleh Muhyiddin Abdul Rashid sebelum ini telah membuat
beberapa siri bantahan di laman media sosial, laporan polis, aduan rasmi dan
siaran media.
Tengku Putera pada sidang mediaa semalam. |
Antara isu yang
dibangkitkan ialah tapak projek berkenaan yang kononnya merupakan tanah wakaf
dan pembinaan tersebut merupakan pembinaan haram. Pihaknya turut juga
mempersoalkan mengenai status projek serta kelulusan yang belum mendapatkan
kebenaran dari pihak majlis daerah.
Tengku Putera menegaskan,
kerja-kerja pembinaan masih belum bermula dan pihak kontraktor hanya mendapat
kebenaran masuk tapak untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak,
menghantar jentera, memagar kawasan dan memperbetulkan laluan awam dimana
kerja-kerja awal ini tidak memerlukan sebarang lesen atau kelulusan dari MDHT.
Beliau turut melahirkan
kekesalan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan tohmahan
serta tuduhan tidak berasas kepada projek pembangunan yang dapat memberikan
manfaat kepada masyarakat di daerah Hulu Terengganu dan bandar itu.
“Sepatutnya mereka perlu
mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu dan barulah membuat kenyataan,’katanya.
Tengku Putera turut
menyeru kumpulan berkenaan agar menghentikan tohmahan dan tuduhan palsu yang
telah dibuat.
Sebagai rekod, juga
terdapat dua buah bangunan yang dibina di Kuala Berang yang dikatakan tidak
mendapat kelulusan bangunan dari MDHT.
Salah sebuah darinya
merupakan Madrasah Dar Al-Ansar bersebelahan dengan rumah pengasasnya yang juga
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Kamaruzaman Abdullah yang terbakar Jun tahun
lalu akibat litar pintas.
Dan sebuah lagi bangunan
tiga tingkat yang merupakan Pejabat PAS DUN Kuala Berang yang hanya mendapat
kelulusan majlis daerah sebagai bangunan kediaman.
Sumber - Terengganu Times