PAS begitu yakin bahawa pihaknya sudah bersedia
untuk ‘rehatkan’ UMNO.
Pastinya, apabila berkata demikian, PAS mempunyai bukti
dan faktor sokongan kenapa berpendirian sedemikian.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menegaskan
PAS Terengganu memang sudah bersedia
memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin UMNO khususnya kerajaan UMNO dan
Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan raya Umum (PRU) 14 nanti.
Beberapa langkah
telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman
selepas pilihan raya ke 14 nanti.
“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita
telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak
dapat diselesaikan oleh kerajaan BN disepanjang pemerintahannya.
“Terengganu telah memuat naik perancangan dalam
manifestonya bagi menghadapi PRU 14 nanti. Sebenarnya banyak lagi perancangan
yang kita ada, bukan hanya sekadar seperti mana yang tersenarai dalam manifesto,”
tegasnya.
“Itu hanyalah sebagai iklan iaitu perkara yang lebih
penting kita dahulukan dan segala perancangan yang lain kita akan laksanakan
sepanjang kita mentadbir nanti,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah
Saidatina Aisyah (Perjelas) 3.0 di Kompleks Tarbiyah At Taqwa (Komtaq), kelmarin
(12 Ogos) di Kuala Nerus.
Menurutnya, pengumuman yang dibuat itu hanya menyebut
sebahagian sahaja daripada manifesto
PAS, antaranya penyelesaian kepada masaalah pengangguran golongan muda.
Katanya, seramai 18,000 lepasan pusat pengajian tinggi
dan pusat kemahiran yang menganggur, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Sumber Manusia .
Oleh itu, rancangaan PAS ialah untuk menyediakan 20,000
peluang perkerjaan dalam tempoh empat tahun.
Justeru, beliau amat yakin semua perancangan ini dapat
dilaksanakan dalam setuasi negeri Terengganu yang kaya dengan bahan mentah juga
bahan galian.
Dalam pada itu, beliau kesal kerana Kerajaan BN sekarang
menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan dengan menswastakan projek
pembangunan kepada pekerja dari negeri China.
“seperti Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) sudah tentu
(sudah ada) kebanyakannya perkerja di datang khas dari China,” jelas beliau.
Beliau menyeru semua pihak terutamanya anggota Muslimat
PAS agar menggerakkan usaha memberi pejelasan tentang manifesto PAS kepada
seluruh rakyat negeri Terengganu.