Di sebalik berpuas hati dengan prestasi T-Team, namun pengendali
T-Team FC, Rachmat Darmawan tetap memiliki kebimbangan besar.
Puas hati itu bukan kerana bukanlah kerana menang Liga
Super atau Piala Malaysia tetapi kemenangan pasukan kelab Terengganu t-Team di
Sawak sangat penting.
Pasukan yang dianggap feeder-team kepada bola
sepak Terengganu ini membuktikan sejak tiga tahun kebelakangan ini mereka bukan
calang-calang pasukan, walaupun kerajaan Terengganu memberikan tumpuan khas
kepada pasukan utama – Pasukan Terengganu FA atau ‘Peteh’.
Malah, tiada yang lebih menggembirakan Rachmat selain
bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal
dalam Liga Super musim depan.
Namun, di hati kecil Rachmat beliau amat bimbang jika pengurusan
pasukan T-Team tidak bertindak bijak dalam menangani isu penghijrahan pemain.
Mengakui perkara itu, pemain utama skuad The Titans
katanya sering 'dipancing' pasukan lain sebaik tamat musim Liga Malaysia.
Pemain import T-Team Abdoulaye Youssouf Maiga cuba menggasak pemain tuan rumah, Mateo Roskam ketika pertembungan di Stadium Negeri malam Sabtu. fotoBERNAMA |
"Tidak dinafikan situasi ini kita hadapi setiap
musim sama ada pemain menerima tawaran tinggi dari pasukan lain atau tamat
kontrak.
"Kita tidak mahu terus hilang pemain berkualiti,
oleh itu pihak pengurusan perlu bijak dalam menangani perkara ini,"
katanya ketika ditemui selepas aksi Liga Super bertemu Sarawak di Stadium
Negeri, Kuching malam kelmarin.
Kerana itu pengurusan pasukan T-Team tidak wajar sewenang-wenangnya melepaskan pemain sedia ada
kepada pasukan lain.
Beliau memberi reaksi sedemikian apabila diberitahu
ura-ura beberapa pemain T-Team sedang diintai pasukan lain.
Katanya, tindakan melepaskan pemain kepada pasukan lain
adalah merugikan kerana penggantinya belum pasti pemain yang lebih baik.
Sementara,
mengulas mengenai perlawanan itu,
Rachmat berkata seperti dilaporkan BH Online, serangan bertali arus Sarawak pada
minit terakhir nyata mencemaskan benteng T-Team ketika terikat tanpa jaringan
pada aksi penutup Liga Super 2017 itu.
Rachmat menyifatkan babak kedua dikuasai tuan rumah yang
memerlukan mata penuh dalam perlawanan itu.
"Mereka (Sarawak) mahu tiga mata dalam perlawanan
ini, jika kita silap, kita akan habis. Kalau kita lihat pada minit terakhir
perlawanan, satu minit rasanya macam satu bulan," katanya.
Beraksi tanpa beberapa tonggak utama, Rachmat lega skuad
bimbingannya mampu mengekalkan rentak sepanjang saingan berlangsung.
Apa yang penting katanya, pemain fokus dalam aksi
berkenaan selain tidak memikirkan keputusan antara Kelantan dan Melaka United.
Meskipun sekadar mencatat keputusan seri, Rachmat tetap
berpuas hati dengan persembahan barisan pemain.
Beliau mengaku pasukan Sarawak lebih menguasai perlawanan
dengan serangan bertali arus serta beberapa percubaan yang bagaimanapun berjaya
diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Suhaimi Husin.
“Saya mengarahkan pemain-pemain saya lebih bertahan dan
sekali sekala lancarkan serangan balas. Nampaknya taktik itu berhasil mengekang
kemaraan pasukan lawan,” katanya menurut laporan BERNAMA.
Beliau turut menyatakan kesediaannya menerima tawaran
untuk terus membimbing T-Team bagi musim depan.
“Kita mempunyai ramai pemain muda yang berkebolehan dalam
pasukan sekarang dan saya percaya kita akan memiliki pasukan yang lebihkuat
bagi menghadapi musim baharu,” katanya.
T-Team mengakhiri musim ini pada kedudukan ke-10 setelah
Kelantan mencatat kemenangan ke atas Melaka FC dalam perlawanan terakhir malam
Sabtu.