Saturday, December 16, 2017

BN Terengganu Kehabisan Modal Untuk Serang PAS?

"Berapa sudah dibayar kepada Riyapadu dan milik siapa syarikat ini? Apakah syarikat ini ada kaitan dengan pihak tertentu dalam kerajaan pada ketika saman itu dikemukakan?"

Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF


Kesian dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang kehabisan modal untuk menyerang PAS.
Dikitar semula semua isu lama, termasuk isu ‘RM1 bilion wang rakyat hilang kerana kerakusan PAS Terengganu’.

Selepas tujuh (7) tahun dan isu ini cuba diselesaikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said, BN Terengganu memainkan semula isu lapuk berkaitan saman oleh Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu).

Apakah BN tidak mampu untuk berhujah mengenai ‘isu pengkhianatan’ yang disebut oleh PAS?

Hanya dengan mengitar semula  isu lapuk,  BN Terengganu sekarang atau terkini berusaha menepis kata-kata pemimpin PAS Terengganu yang mengatakan mereka sebagai ‘pengkhianat’?

Setelah kehabisan modal, ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang membahas Bajet Terengganu 2018 pada 14 Disember 2017 memulakan hujah berkaitan ‘pengkhianatan’ yang ditimbulkan oleh ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut sehari sebelum itu.


Kepada Tengku Putera, pengkhianatan itu sebenarnya berlaku sejak PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah merugikan duit rakyat kini kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

Katanya, saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perjanjian penerbangan balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika PAS memerintah Terengganu.

Kata Tengku Putera, “Kerajaan negeri kalah dalam saman itu dan telah diputuskan oleh mahkamah agar membayar sebanyak RM 1.0 bilion kepada Riyapadu dan masih cuba berunding untuk mengurangkan kadar bayaran itu’.

‘Akibat daripada pengurusan yang tidak cekap (kerajaan PAS) dengan menamatkan kontrak atau perjanjian konsesi tersebut dan kita menanggungnya hari ini’, katanya dalam perbahasan pada sidang DUN hari itu.

Sebagai rekod, penerbangan balak berkenaan bagi tujuan membina empangan kedua mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu yang mana telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum 1999 duhulu.


Cuma anehnya, semua ADUN PAS tidak bersuara mengenai isu ini seoleh-oleh mereka mengakui ia sesuatu yang benar sedangkan banyak perkara berkaitan isu ini boleh diperdebatkan.

Isunya juga ialah walaupun kalah, berapa sudah dibayar kepada Riyapadu dan milik siapa syarikat ini?

Juga apakah syarikat ini ada kaitan dengan pihak tertentu dalam kerajaan pada ketika saman itu dikemukakan dan siapa di sebalik saman berkenaan?