Apa yang tidak ada di Terengganu – Pantai? Pulau? Air tejun? Gunung? Tasik? Budaya? Makanan?
Kerana itu sesuai jika dikatakan Terengganu – mempunyai segala-galanya. Semuanya.
Kerana itu Kerajaan Terengganu kini sedang menggalakkan sektor pelancongan selain sektor tradisi minyak dan gas, selain pertanian dan perikanan.
Selain itu bidang kraftangan, masakan tempatan dan juga budaya dan warisan sedang digalakkan.
Amat jelas, jika semua ini mahu digerak dan digalakkan, sistem perhubungan dan infrastruktur perlu diperbaikkan dan setaraf dengan kemudahan Pantai Barat.
Setakat ini sistem jalan raya Terengganu sedang diperbaiki sementara dengan kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sudah bertaraf antarabangsa, Terengganu akan melonjak dalam sektor pelancongan.
No comments:
Post a Comment