Saturday, July 4, 2009

PENDAPAT SAYA

Serangan Peribadi Ahmad Said dan Menghasut....

Oleh Muhammad Yusof

Saya terkejut besar membaca sebuah rencana Mohd Khairul Hairi bin Yunus Bertajuk “Tiada Gelora Dalam Kerajaan Terengganu?”dalam satu blog Besut semalam.

Beliau memperkatakan pelbagai perkara daripada memaki hamun Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hinggalah kepada ‘penderhakaan kepada Tuanku Sultan’ dan juga seruan bersifat menghasut.

Apakah kata-kata ini datang daripada penulisnya secara peribadi atau disuruh oleh pihak tertentu?

Kenapakah sejauh ini penulis berkenaan berkata-kata, bagaikan tiada kebaikan langsung Ahmad Said selain mencemuh peribadi dan batang tubuhnya seburuk itu.


Baca petikan berikut sebelum membaca keseluruhan rencananya:

1. Peribadi Menteri Besar:

a. Menteri Besar Terengganu Jalan Belakang iaitu Datuk Ahmad Said atau yang lebih dikenali dengan gelaran MBKU (Menteri Besar Kurang Upaya);

b. Beliau mengatakan tiada 'gelora' yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh beliau di bawah "Kepimpinan Kerajaan Kuning" yang sebenarnya diketuai oleh Speaker DUN Terengganu yang "berdarah kuning" iaitu Tengku Putera Tengku Awang.

c. Cukuplah Ahmad Said Kau menipu rakyat kerana sudah banyak 'rakyat mengeluh' yang kepimpinan mu tidak adil dan setaraf dengan kepimpinan firaun.

d. Ahmad Said 'keterlaluan' nampaknya tidak adil, mungkin terpesona kerana walaupun giginya rongak boleh jadi Menteri Besar secara tidak langsung beliau adalah Menteri Besar Gigi Rongak.

2. Menghasut:

"Tak ada guna kita berada di bawah Terengganu kalau mereka menganaktirikan kita, lebih baik kita merdeka daripada Terengganu dan daripada mereka merampas minyak kita lebih baik kita menuntut Besut dijadikan negeri baru".

Saya memahami perasaan mereka yang menyokong seseorang dan tidak bersetuju dengan Ahmad Said.

Namun, tidak wajar jika kita menyerang peribadi sambil menghasut orang Besut supaya berpisah daripada Terengganu.

Apakah benar Ahmad Said pinggirkan Besut dan mementingkan Kemaman semata-mata.
Dalam konteks ini rasanya agensi yang memainkan peranan PR untuk kerajaan Terengganu perlu tampil menjelaskan bahawa Ahmad Said adil dalam mengagihkan peruntukan.

Sudah sampai masanya Pejabat Menteri Besar atau Unit Komunikasi Negeri menjalankan kerja-kerja perhubungan awam mereka secara berkesan.

Persoalannya – apakah Besut dipinggirkan dan Kemaman diutamakan?

Dengan mengatakan Menteri Besar Jalan Belakang dan “Kerajaan Kuning” adalah kata-kata mempersoalkan kenapa Tuanku Mizan Zainal Abidin melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Rasanya perkara ini tidak perlu diungkitkan lagi kerana akan membuka cerita yang tidak baik terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tidak tahulah kalau-kalau yang menyokong Idris tetap tidak berpuas hati dan memulakan perang dengan istana pula.

Saya berdoa ia tidak akan berlaku dan jangan biarkan ia berlaku.

Baca rencana asal:

TIADA GELORA DALAM KERAJAAN TERENGGANU?

Oleh: yieMEGA

Pada pagi tadi penulis ada membeli surat khabar Sinar Harian Edisi Terengganu, tak tahu kenapa hari ni rasa tergerak hati nak beli surat khabar ini. Surat khabar tersebut menjadikan "Tiada Gelora Dalam Pentadbiran Kerajaan" sebagai tajuk utama sebuah akhbar yang bersifat lokal itu.

Sebenarnya itu adalah kenyataan Menteri Besar Terengganu Jalan Belakang iaitu Datuk Ahmad Said atau yang lebih dikenali dengan gelaran MBKU (Menteri Besar Kurang Upaya). Beliau mengatakan tiada 'gelora' yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh beliau di bawah "Kepimpinan Kerajaan Kuning" yang sebenarnya diketuai oleh Speaker DUN Terengganu yang "berdarah kuning" iaitu Tengku Putera Tengku Awang.

Sebenarnya kenyataan Ahmad Said itu berupa 'kenyataan untuk menipu' rakyat, walhal sememangnya memang ada gelora dalam pentadbiranya. Beliau seolah-olah menyembunyikan sampah bawah karpet dengan membuat kenyataan seumpama itu. Cukuplah Ahmad Said Kau menipu rakyat kerana sudah banyak 'rakyat mengeluh' yang kepimpinan mu tidak adil dan setaraf dengan kepimpinan firaun.

Benarlah kata "Seseorang yang tidak berkuasa apabila diberikan kuasa akhirnya 'kuasa' tersebut akan mengubah dirinya apabila ia tidak pandai mengenadilkanya. Pernah penulis berjumpa dengan seorang pengusaha 'gerai makan' yang mengatakan kenapa pertandingan keceriaan gerai makan 'hanya dibuat di kemaman sahaja' dan daerah-daerah lain di anak tirikan.

Pernah juga penulis terjumpa dengan seorang insan yang bercakap "Tak ada guna kita berada di bawah Terengganu kalau mereka menganaktirikan kita, lebih baik kita merdeka daripada Terengganu dan daripada mereka merampas minyak kita lebih baik kita menuntut Besut dijadikan negeri baru". Kata-kata yang dicetuskan oleh insan ini sudah tentu ada penyebabnya mereka tak akan marah tidak tentu pasal sepertimana DAP yang kelaparan BABI di Kedah.

Sebenarnya mereka boleh menerima kepimpinan Ahmad Said sekiranya beliau berlaku adil, namun nampaknya Ahmad Said 'keterlaluan' nampaknya tidak adil, mungkin terpesona kerana walaupun giginya rongak boleh jadi Menteri Besar secara tidak langsung beliau adalah Menteri Besar Gigi Rongak.

Banyak JKKK di daerah-daerah terntentu 'merungut' di atas 'pemerintahan kuku besi' Ahmad Said ini yang bernaung bawah kangkang Tengku Putera ini. Tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum yang akan datang 'mereka' yang menyuarakan rungutan ini tidak lagi memangkah dacing sebaliknya mereka akan memangkah bulan dan secara tidak langsung ia berita gembira buat PAS kerana misinya tercapai bermula dengan membuang Idris Jusoh jauh-jauh dan akhirnya 'menawan' dan 'menjajah' kembali Terengganu. Itulah hakikat yang pahit terpaksa diterima oleh BN Terengganu.

No comments:

Post a Comment