Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata Felda yang menjana pendapatan lebih

Beliau berkata, Felda sedang menyiapkan rangka tindakan (blueprint) yang dijangka selesai dua bulan lagi bagi merumus satu belanjawan jangka panjang untuk merealisasikan projek itu selain menterjemahkan hasrat kepemimpinan negara melihat GMN sebagai satu cabang perniagaan berjaya pada masa depan.
“GMN akan jadi bidang kedua yang kita harap akan memberi pulangan besar tidak kurang seperti kelapa sawit. Ia akan jadi asas yang penting serta utama dalam Felda selain kelapa sawit

“Blueprint itu akan menyediakan rancangan perjalanan GMN untuk tempoh setiap lima tahun. Projek ini bukan saja membabitkan kawasan tanah milik peneroka Felda, (malah) jika tanah Felda tidak mencukupi, kita akan berbincang dengan penduduk di kampung berhampiran yang memiliki tanah untuk terbabit sama.
“Justeru, kita akan menubuhkan Unit GMN yang dianggotai pakar serta profesional dari dalam organisasi kita dan pihak luar untuk merencana operasi GMN dan memastikan penubuhannya mencapai matlamat serta sasaran kita,” katanya selepas Majlis Jamuan Hari Raya Felda kelmarin.
Yusof berkata, projek GMN yang dijangka memberi pulangan modal dalam tempoh 15 tahun, bermatlamat menampung keperluan makanan dalam negara dan mengurangkan pergantungan import makanan.
No comments:
Post a Comment