Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan membuat kenyataan penting mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Berang ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhir minggu lalu.
Kenyataan itu dijangka dibuat dan diedarkan selepas Mesyuarat Exco tengah hari ini.
Menteri Besar difahamkan akan menjelaskan laporan sebuah akhbar perdana yang membuat laporan tidak tepat mengenai kehadiran Exco dan ADUN pada majlis itu.
Laporan itu menggambarkan seolah-olah beliau turut dipulaukan.
No comments:
Post a Comment