Tuesday, September 22, 2009

Sambutan Hari Raya Perantau di TTI

Majlis Hari Raya Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said Bersama Perantau diadakan (hari ini Hari Raya Aidilfitri Ketiga) bersamaan 3 Syawal 1430H atau 22 September 2009.

Ia dijangka bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Dijangka seramai 3,000 orang perantau anak Terengganu termasuk pelajar di luar Terengganu yang pulang berhari raya akan bersama Menteri Besar dalam suasana mesra Hari Raya, sesuai dengan pendekatan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan yang menjadi fokus Kerajaan Negeri.

Selain Menteri Besar, barisan exco Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dijangka akan hadir sama meraikan perantau yang terdiri dari pelbagai lapisan, termasuk ahli akademik, petugas media dan tokoh serta personaliti anak Terengganu yang mencipta nama di luar Terengganu.

Selain menikmati hidangan hari raya, tetamu akan dihiburkan persembahan bercorak budaya Terengganu, melihat tayangan video tentang Terengganu.

Menteri Besar juga akan menyampaikan ucapan bagi memberi maklumat kepada perantau tentang pembangunan dan hala tuju pembangunan Terengganu masa kini.

Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri bagi meraikan dan menghargai perantau sempena kembali berhari raya.

Majlis Hari Raya yang bertemakan Rakyat Di Hatiku ini dijangka berakhir pada jam 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment