Ini kerana pendidikan cemerlang dapat memastikan peluang pekerjaan lebih terjamin.

Katanya, usaha keras kerajaan membolehkan Terengganu mencatatkan kejayaan menduduki tempat pertama bagi peperiksaan UPSR selama lapan tahun berturut-turut. Tahun lalu, seramai 3,170 pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi Anak Terengganu di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Sementara itu Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail, Yayasan Terengganu akan menaja seramai 70 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir, Jordan, Russia dan United Kingdom melibatkan bidang perubatan, pengajian Islam, Kejuruteraan dan Animasi yang membabitkan peruntukan hampir RM1 juta tahun ini.
Menurutnya, Yayasan Terengganu akan menghantar pelajar ke Mesir(20), Russia (16) untuk mengikuti kursus dalam bidang perubatan/pergigian, bidang pengajian Islam di Mesir (17) dan Jordan (9) yang akan bertolak pada 24 Sept ini
Selebihnya, empat orang akan mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia, tiga orang mengikuti kursus bioteknologi/farmasi/sains aktuari dan seorang dalam bidang animasi akan dihantar ke United Kingdom pada penghujung tahun nanti, katanya.
No comments:
Post a Comment