Terengganu akan menentang Sarawak sebagai pembuka tirai perlawanan bola sepak Piala Malaysia pada 26 September ini yang berlangsung di Stadium Kuching, Sarawak.
Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, ia akan diikuti tiga perlawanan berturut-turut di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
“Ini termasuk perlawanan antara Terengganu menentang Johor pada 29 September, diikuti menentang Negeri Sembilan pada 3 Oktober dan menentang Sarawak pada 6 Oktober.
“Terengganu ditempatkan dalam Kumpulan B bersama-sama Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Abdullah berkata, sasaran Terengganu pada peringkat awal adalah menjadi juara kumpulan.
“Jika kita berjaya menjadi juara peringkat kumpulan, tiada masalah untuk bersaing dengan juara kumpulan lain, sekali gus hasrat untuk mendapat kedudukan kedua terbaik pada saingan Piala Malaysia akan tercapai,” katanya.
No comments:
Post a Comment