Sunday, October 18, 2009

Hisham puji Pok Li

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, kelamrin berterima kasih kepada pembahas dari Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan, yang membawa semangat kesatuan yang terbina dalam keluarga Umno Terengganu.

"Insya Allah bila keadaaan dalam keluarga Umno semakin pulih maka rakyat akan bersemangat kembali menyokong semula," katanya.


Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun menyatakan keyakinan BN dan UMNO untuk mempertahankan kuasa negeri daripada dirampas pembangkang.


Menurut Hishamuddin, transformasi yang berlaku dalam Umno tidak mungkin dapat dijalankan tanpa pengorbanan kepentingan diri oleh anggota parti, kata Katanya beliau yakin matlamat itu dapat dijayakan kerana semangat itu dapat dilihat melalui keberanian pemimpin dan anggota untuk meminda perlembagaan parti.

"Kita tunaikan agenda perubahan kerana sedar dan insaf bahawa yang penting bukan diri tetapi survival parti keramat ini. Yang pertama bukan hanya tentang diri sendiri tetapi bagaimana mahu memastikan parti terus relevan.

"Perubahan ini jelas terzahir dari keikhlasan, ketulusan hati dan jiwa besar yang dimiliki tuan puan semua untuk Umno terus mendapat sokongan rakyat dan terus berada di politik tanah air," katanya dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno..

Hishammuddin mengakui semua itu berlaku atas dorongan, tiupan semangat, karisma, gaya kepimpinan dan wawasan yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden parti.

"Kita akan terus mengorak langkah bagi memastikan transformasi ini dapat diteruskan dan dimajukan pada masa akan datang. Kita akan pikul amanah ini dan melihat tata etika ahli dan melihat kedudukan lembaga disiplin bagi memastikan apa yang diputuskan mencapai matlamat," katanya.

No comments:

Post a Comment