Monday, December 21, 2009

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur Semenanjung

Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), Condore, Layang-Layang dan Reef North yang dijangka berterusan sehingga Khamis, 24 Disember ini.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan berkenaan.

Sehubungan itu kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut kategori pertama dengan kelajuan 40-50km sejam, ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Reef South, Bunguran dan Palawan yang dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

No comments:

Post a Comment