Monday, December 14, 2009

Karnival Sukan Pemuda UMNO Terengganu

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Karnival Sukan Pemuda UMNO Negeri Terengganu yang dijangka berlangsung April tahun depan.


Ketua pergerakan itu, Saiful Bahri Baharuddin berkata, karnival itu merangkumi pertandingan futsal, sepak takraw dan badminton.

Beliau memberitahu, karnival itu akan disertai oleh seluruh ahli pergerakan itu di semua bahagian selain anggota masyarakat setempat.

"Buat masa ini kita belum putuskan venue karnival itu diadakan dan ia dijangka berlangsung sekitar April atau Jun tahun depan," katanya.

Menurutnya, objektif karnival itu antara lain untuk merapatkan hubungan sesama ahli pergerakan tersebut selain menjalin silaturahim dengan masyarakat setempat.

Beliau memberitahu, sebelum karnival itu, satu pertandingan bola sepak merebut Piala Menteri Besar Terengganu turut diadakan serentak di semua bahagian UMNO bulan depan.

"Kita akan adakan pertandingan bola sepak Piala Menteri Besar Terengganu Januari ini, selepas itu baru kita teruskan dengan Karnival Sukan Pemuda UMNO Terengganu pertengahan tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, pertandingan futsal bagi merebut Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang berlangsung di gelanggang futsal Indoor Soccer di Bukit Payong, Marang hari ini.

Saiful Bahri yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang berkata, pertandingan itu menyaksikan penyertaan lapan pasukan yang mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian itu.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment