Beliau berkata pengawasan semasa pelaksanaan projek perlu diberi tumpuan supaya kontraktor bekerja mengikut spesifikasi ditetapkan selain memudahkan pihak berkuasa mengesan kecuaian semasa kontraktor itu menjalankan projek.
"Tetapi kalau kita tengok kebanyakan tapak pembinaan kita, jarang kita temui pegawai yang mengawasi projek berkenaan.
"Mereka hanya hadir semasa nak serah projek, kemudian tidak datang-datang. Kalau pegawai berkenaan

Pada Jun lalu, bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang berharga RM300 juta yang siap dibina pada Mei tahun lepas untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, runtuh manakala pada 3 Okt lepas, struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, yang sedang dibaiki runtuh menyebabkan serorang buruh Indonesia cedera.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu mengenai kejadian yang berlaku semalam.
No comments:
Post a Comment