Wednesday, January 13, 2010

Amaran Angin Kencang Ditingkat Kepada Kategori Kedua

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di Perairan Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Bunguran, Reef South, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, dan Sulu dijangka ditingkatkan kepada kategori kedua.

Keadaan angin kencang Timur/Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka bermula pada Khamis hingga Ahad ini.

Selain itu, kawasan pantai di timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada 13 hingga 18 Jan ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, amaran ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Bintulu, Miri), Sabah, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga malam ini.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

No comments:

Post a Comment