Monday, January 25, 2010

ANTARA VISUAL TV3 & MUBIN

Pada satu jamuan makan malam antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan sekumpulan pengurusan sebuah akhbar perdana di sebuah hotel terkemuka semalam, seorang Tan Sri bertanyakan Menteri Besar, bagaimana TV3 boleh mendapat visual pada sidang DUN Terengganu yang baru lalu?

Ahmad Said seperti tergamam seketika dan sukar menjawab soalan berkenaan.

Apa yang Tan Sri maksudkan ialah visual menunjukkan sedikit pertelagahan antara Menteri Besar dan dua ADUN – ADUN Alor Limbat dan ADUN Bukit Besi.

Tidaklah diketahui kenapa berita sensasi begitu diminati TV3 pada hari berkenaan.

Persoalan lain ialah bagaimana visual yang khabarnya direkodkan penuh oleh Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) yang bekerja untuk Menteri Besar boleh disalin oleh TV3.

UKOM merekodkan penuh persidangan untuk simpanan selain sidang DUN itu disiarkan secara live melalui portal kerajaan Terengganu.

Menghairan sedikit kejadian ini kerana TV1, TV3 dan tv lain yang menyiarkan visual pada sidang Dewan Rakyat pun tidak boleh merekodkan terus di dalam dewan tetapi mengambilnya melalui feed Parlimen.

Siapakah yang membenarkan jurukamera TV3 menyalin visual yang direkodkan oleh jurukamera UKOM?

Berikutan itu, Ahmad Said mengarahkan seseorang supaya menyiasat kejadian itu dan apa kenapa visual UKOM boleh terlepas tangan begitu mudah?

Apakah kejadian ini dilakukan tanpa pengetahuan Pengarah UKOM atau Setiausaha Akhbar sendiri?

Kejadian lain ialah penulis blog Jarang Anak Melayu, Mubin Ismail dikatakan menjejaki kakinya untuk kali pertama di pejabat baru Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) baru-baru ini.

Beliau menghadiri mesyuarat KAWAT atau Persatuan Wartawan Terengganu di bilik mesyuarat bangunan berkenaan di tingkat atas dengan kehadiran AJK KAWAT yang lain. Turut hadir ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria.

Presiden KAWAT, Ayob Mamat tidak hadir pada mesyuarat pada sebelah malam itu.
Mubin yang mengkritik keras dan kadangkalanya melemparkan pelbagai tuduhan kepada Ahmad Said dianggap oleh pegawai tingkat 16 (istilah Mubin ialah budak tingkat 16) sebagai ‘jurucakap’ kepada Kumpulan 10 yang kini menjadi ‘Kumpulan 4’.

Menghairankan bagaimana Mubin yang juga menjadikan beberapa pegawai kanan Menteri Besar sebagai bahan kritikan pedasnya selain pelbagai tuduhan boleh menjejak kaki ke bangunan berkenaan.

Saya yakin kalau kejadian ini diketahui oleh seseorang di Tingkat 16 atau yang diistilahkan oleh Mudin sebagai Budak Tingkat 16 @ Menteri Besar Kedua (MB2) yang memang ‘meradang’ dengan Mubin, penulis blog berkenaan tidak mungkin melepasi pagar UKOM berkenaan.

Tetapi atas kebenaran siapakah Mubin boleh melangkah masuk ke bangunan berkenaan?

No comments:

Post a Comment