Thursday, January 14, 2010

Blog Hambali media alternatif penyelamat MB

Daripada www.teganukini.blogspot.com

(BAHAGIAN PERTAMA)
Tuesday, 5 January 2010

Gerakan untuk menjatuhkan Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 April, 2009. Mengakibatkan Presiden UMNO menggunakan kuasanya mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.


Perdana Menteri menafikan pembabitan SUSK MB dengan SMS ini sebagaiman Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.” Dan juga laporan yang sama telah siarkan dilain-lain media masa.

Walaubagaimanapun ketua kumpulan ini dalam ceramahnya di Jertih pada 18 April 2009 mengatakan beliau telah maklumkan kepada PM bahawa SMS ini datang nya dari hand phone SUSK MB, rakaman ceramah ini dapat di download melalui blog jaranganakmelayu1.blogspot.com.

Sebahagian besar media khususnya media arus perdana tidak menyembelahi Ahmad Said dalam menangani isu ini., Kumpulan penentang berusaha keras menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar.

Seperti yang diakui oleh Tinta Merah dalam blognya … kehebatan Mat Said ini orang tidak sedar yang beliau dibantu oleh seorang wartawan profesional yang luas pengalaman.

Saya yakin apa yang diterima oleh Mat Said ini kerana kegigihan dan nasihat Hambali Abd Latiff salah seorang pegawai khasnya di pejabat MB.

Selalunya tuan akan jadi baik kalau kuli turut memberi pedoman secara berhemah dan fatanah.

Dalam blognya entri Mei 2009 bertajuk SMS UGUTAN BUNUH – SATU KONSPIRASI, beliau meninggalkan 13 soalan untuk masyarat menilai akan kebenaran Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Kanan nya dalam menangani pelbagai tekanan yang timbul ekoran isu sms ugut bunuh.

Dengan menjawab segala persoalan yang disediakan oleh hambali ini, kita dapat menilai isu yang dibangkitkan dalam media massa secara rasional.

Soalan 1
Siapa suspek utama kes ini kepada kumpulan 10 ADUN berkenaan. Siapa pula suspek utama bagi pihak polis?

Jawapannya : Kepada kumpulan penentang mereka mengatakan SUSK MB, Budak Tingkat 16 atau Wan Ahamad bin Wan Muda, seorang Pegawai Tadbir yang bukannya orang politik. Bagi pihak Polis, suspek utama telah ditahan Polis.

Inilah kelemahan kumpulan ini apabila pegawai awam dijadikan mangsa. Jika ingin jadi jagoan politik, bertempurlah sesama orang politik, jangan pula pentadbiran dipolitikan.

Soalan 2
Apakah suspek utama bagi 10 ADUN ialah ‘penghantar’ sms berkenaan ialah orang yang bernombor telefon 019-9158369 atau lebih tepat Wan Ahamad Wan Muda?

Jawapannya : Berasaskan kedada siasatan polis dan bukti yang ada pada pihak Polis, Wan Ahamad tidak terlibat.

Mengikut dakwaan yang dikenakan, suspek menghantar sms berkenaan melalui internet yang dikenali sebagai bulk sms.

Bulk sms ini banyak digunakan dalam kempen politik seperti pemilihan umno peringkat bahagian dan majlis tertinggi. Melalui bulk sms ini, kita membuka satu akaun (rujuk : smsugutan.blogspot.com), seperti penggunaan hand phone biasa, pengguna menyimpan semua semua data no handphone yang berkaitan.

Semasa menghantar sms kepada bakal penerima melalui internet, penghantar bebas meletakan nama penghantar, samada nama sendiri, nombor hand phone sendiri, nombor telefon rumah, nombor hand phone milik orang lain, nombor telefon rumah orang lain, nama orang lain dan kerektor seperti ‘GANU’, ‘UBI GADONG’ , CELCOM, MAXIS, DIGI dan sebagainya.

Dalam hubungan, suka penulis cadangkan kepada pihakberkuasa dapat mengambil langkah mengawal Provider Bulk SMS bagi tidak membenarkan pelanggan bulk sms mencatatkan nombor telefon bukan milik mereka semasa menghantar sms melalui internet, juga tidak menggunakan nama orang lain dan lain-lain simbul yang boleh memfitnah.

Pemilik syarikat telekomunikasi hasus mengikut langkah MAXIS yang menggunakan “spam filter’ yang menghalang pemaparan no hand phone yang dicatat oleh penghantar SMS melalui internet.

Soalan 3

Persoalannya, kenapa pula Wan Ahamad tidak ‘ditahan polis’ dan seorang kerani syarikat swasta yang dicekup polis untuk siasatan dan kini dibebaskan?

Jawapannya sila rujuk kepda kenyataan YAB. Perdana Menteri dan Ketua Polis dalam laporan yang ditelah disediakan Sdr. Hambali dalam blognya sebagaimana di bawah;

1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009): Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ): Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk “Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

Laporan di atas disediakan oleh Sdr. Hambali dalam blognya adalah rujukan fakta yang sahih untuk pihak-pihak berkenaan berfikir secara rasional bagi memberhentikan segala bentuk provokasi.Sekiranya laporan dan perkembangan dalam blog Hambali diikuti dan dihayati, tiadalah berlaku polimik dalam isu ini.

Soalan 4

Persoalan juga, kenapa polis mencari suspek lain dan suspek berkenaan kini ‘menghilangkan diri?”

Jawapannya : Polis Malaysia antara yang tercekap di dunia.

Soalan 5

Lebih menghairankan kenapa blog berkenaan menimbulkan pertanyaan: “..saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi.”

Apa yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan?”
Jawapannya : Mengikut laporan yang Disediakan oleh YB Alias b. Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu Bertarikh pada:14 April 2009.yang dimuatkan dalam blog abdul mubin ismail berbunyi ;

3. a) Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09).

b) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09).

c) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21malam, YB Zakaria @ Ariffin bin Abdullah ADUN Paka juga telah menerima sms yang sama kandungannya daripada telefon bimbit bernombor 0199158369. (Laporan Polis K.Terengganu 003285/09).

4. Akibat daripada SMS ugutan bunuh tersebut, telah menimbulkan ketakutan bukan sahaja kepada ADUN-ADUN yang menerima ugutan tersebut sahaja malah ia menimbulkan ketakutan kepada ADUN-ADUN BN yang lain terutama ADUN penyokong Kerajaan tentang ancaman keselamatan nyawa mereka. Apatah lagi pada sebelah petang hari tersebut 13hb April 2009, difahamkan bahawa pejabat MB telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.

5. Hasil penemuan awal yang dibuat, terhadap carian nombor telefon bimbit 0199158369 didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB, manakala nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti

Dari laporan di atas ternyata YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms dari telefon bernombor +31234567890 , bukanya nombor telefon SUSK MB 0199158369, oleh itu tidak wajarlah beliau takut nak datang ke Sidang DUN kerana penghantarnya tiada kaitan dengan SUSK MB.

Penyataan pemilik blog berkenaan mendakwa orang yang disyakki berkeliaran di dewan adalah bercanggah dari nombor yang diterimanya dengan nombor orang yang di tuduhnya, ini membayangkan betapa tidak konsisten nya beliau.

(Bersambung di siri kedua)

No comments:

Post a Comment