
Beliau berkata hasil laporan itu nanti akan dibentang dalam mesyuarat kerajaan negeri sebelum sebarang keputusan diambil.
"Tunggu laporan dari JKR dahulu sebelum buat sebarang keputusan, sama ada kerajaan negeri akan bantu mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kerosakan di dewan bedah itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Dearah Setiu semalam.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said semasa menyerahkan peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini pagi tadi melahirkan rasa kecewa kerana hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu mengalami masalah, dan banyak yang tidak dapat digunakan walaupun sudah disiapkan.
Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.
Sebelum ini dewan bedah Hospital Daerah Kemaman dan Besut dilaporkan mengalami keadaan tersebut dan mengambil antara empat hingga enam tahun untuk menjalani proses pembaikian semula sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya.
Hasil lawatan hari ini Abd Rahman berkata antara masalah yang dikesan di dewan bedah dan hospital itu termasuk kebocoran atap, resapan air bawah tanah, cat yang digunakan tidak berkualiti sehingga mengakibatkan ia menggelupas, dan beberapa lagi pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Keadaan itu memaksa pesakit yang ingin menjalani pembedahan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu lebih 50 kilometer dari sini dan Hospital Daerah Besut yang terletak hampir 60 kilometer.
Sebelum ini difahamkan beberapa kerja pembaikan dilakukan dengan melibatkan kos hampir lebih setengah juta, namun masalah yang sama tetap berulang.
No comments:
Post a Comment