
Menurutnya, ‘jeti pendaratan haram’ tersebut dikesan wujud di beberapa kawasan pantai Kemaman, Dungun, Setiu dan Besut dan ia sentiasa menjadi laluan utama aktiviti penyeludupan rokok, mercun dan lain-lain.
“Bagi mengelak aktiviti haram itu dikesan oleh pihak berkuasa, kebanyakan barang berkenaan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan bot laju berkuasa tinggi dan bot itu terus rapat ke jeti haram itu,” katanya.
Azis berkata, meskipun Terengganu kini menjadi tumpuan penyeludup namun pihaknya berazam untuk membanteras aktiviti haram tersebut habis-habisan terutamanya dengan cara memantau laluan rahsia tersebut.
No comments:
Post a Comment