
Beliau memberitahu, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan dengan trend jenayah yang membimbangkan terutama jenayah juvana membabitkan remaja, belia termasuk pelajar sekolah dan IPT yang terlibat dalam pelbagai perlakuan jenayah.
Selain itu, menurut Mohd. Shukri, PDRM turut mendepani persepsi masyarakat terhadap kecekapan polis dalam menangani jenayah di samping masalah keselamatan lain yang membabitkan kepentingan masyarakat.
"Pendekatan dan sikap yang dipamerkan ahli masyarakat kini terhasil daripada peningkatan taraf hidup dan pendidikan rakyat," katanya pada majlis Pelantikan Pangkat Pegawai Kehormat dan Pelancaran Kor Suksis Universiti Darul Iman (UDM) kelmarin.
No comments:
Post a Comment