Seorang bapa mati ditikam anak sendiri, manakala anak sulungnya koma selepas ditikam dengan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Duyung Wan Su, Pulau Duyung awal pagi semalam.
Mangsa, Che Mat Ismail, 51, bekerja sebagai mekanik bot nelayan mati di tempat kejadian, manakala anak sulungnya, Irwan Affandi, 30, yang luka di perut kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek dikatakan mendengar suara seorang wanita bernama Siti Aishah yang berbisik kepadanya sebelum kejadian itu supaya menikam abang sulungnya.
Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Md Jamil, berkata polis menolak sebarang unsur mistik dalam kes itu, sebaliknya akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang.
Katanya, dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 20 tahun bekerja sebagai pembantu mekanik, menikam abang sulungnya yang sedang tidur dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.
Hamzah berkata, jeritan Irwan didengari bapanya di bilik sebelah menyebabkan mangsa bergegas untuk membantu apabila mendapati anak sulungnya berlumuran darah.
“Bagaimanapun, tindakan Che Mat mahu merampas pisau daripada suspek yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu menyebabkannya ditikam di perut dengan pisau sepanjang 32 sentimeter.
“Ibu suspek kemudian merampas pisau di tangan suspek dan menyorokkan pisau itu dalam rumah,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment