Tahniah awal.
Dua pasukan bola sepak negeri mara peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas kedua-dua pasukan berkenaan mencatat kemenangan pada akhir pusingan kedua.
Bagi pasukan T-Team, walaupun terpaksa beraksi tanpa pemain utama, Mohd Haris Safwan, ia tidak menghalang mereka meraih kemenangan selesa dengan membenam Perak, 2-0 di gelanggang lawan selepas seri 1-1 di gelanggang sendiri.
Sementara itu, bagi pasukan Terengganu pula, bekalan selesa dengan kelebihan dua gol pada perlawanan pertama berdepan Sarawak tempoh hari meyakinkan pemain negeri untuk terus mendapatkan gol pada perlawanan kedua apabila sekali lagi berjaya menunduk-kan Sarawak dengan jaringan dua gol berbalas satu.
Kedua-dua pasukan Terengganu itu akan berdepan sesama sendiri pada perlawanan pertama peringkat suka akhir Piala FA, Mac depan.
Jurulatih pasukan Terengganu, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor berkata, anak buahnya akan menghadapi perlawanan suku akhir dengan tenang dan tetap berusaha memberi sai-ngan sengit walaupun perlu berdepan pasukan senegeri.
“Insya-Allah, kami mampu bersaing secara sihat pada perlawanan itu nanti dan berbekalkan masa rehat yang panjang, kami akan menggunakannya bagi melengkapkan serta memperkemaskan pasukan supaya mantap dan bersedia,” katanya.
Menurutnya, peluang layak mara peringkat suku akhir menjadi penyuntik semangat kepada pemain terus memburu kedudukan lebih baik, sekali gus layak ke peringkat lebih tinggi.
“Saya harap dengan masa rehat panjang, pemain tidak keletihan menghadapi perlawanan itu nanti,” katanya.
Menurutnya, latihan berterusan dilihat faktor utama membantu mereka mencapai kemenangan yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment