Oleh Ku Othman Ku Rijal
Saya amat bersetuju dngan langkah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu menarik lessen pihak bertnggungjawab yang menyebabkan tandas dan dapur kotor.
Hakikatnya sebagai bandar raya yang didiami kebanyakan norang Islam, Kuala Terengganu berada dalam keadaan bersih dan penduduknya mengutamakan kebersihan.
Kita bukan mahu mengata tetapi kita tidak sedap dengar jika KT seperti sebuah bandar yang dikatakan berstatukan bandar raya Islam tetapi kotor dan penduduknya tidak menjaga kebersihan.
Oleh kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman, sebagai negeri Darul Iman, kebersihan hendaklah diutamakan.
Malah, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sudah mengingatkan MBKT dan PBT yang lain menekankan soal kebersihan ini.
Kerana itu, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa apa juga bentuk tindakan oleh MBKT untuk menjamin kebersihan hendaklah disokong.
Berikutan itu, semua pihak, khususnya peniaga termasuk semua pemilik premis makanan di negeri ini hendaklah menyahut seruan BMKT supaya menjaga kebersihan tandas dan dapur.
Ia bukan semata-mata bagi menjamin langkah keselamatan dapat dikuatkuasakan tetapi bagi mengelakkan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang gagal mematuhi arahan (MBKT).
Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Razali Mohd berkata kelmarin, pihaknya akan melancarkan Operasi Tandas dan Dapur ke seluruh premis di sekitar pusat bandar pada pertengahan Februari ini.
Menurutnya, dalam operasi itu, tiga perkara utama akan dinilai dan diberikan perhatian iaitu membabitkan sikap peniaga, kebersihan serta aksesbiliti yang disediakan kepada pelanggan.
“Kami minta kerjasama daripada peniaga kedai makan agar mematuhi peraturan ditetapkan MBKT dengan memastikan tandas dan dapur di premis mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih.
“MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan tidak teragak-agak mengenakan kompaun ataupun tarik semula lesen perniagaan ataupun mengarahkan premis ditutup jika didapati ada peniaga melanggarnya ketika operasi dijalankan,” katanya.
Apa yang diharapkan, janganlah masa operasi sahaja pihak bertanggungjawab menjaga kebersihannya tetapi juga sepanjang masa baik menjamin makanan yang disediakan sedap dan bersih.
No comments:
Post a Comment