Monday, February 15, 2010

TAK HABIS-HABIS DENGAN MOKHTAR NONG...

PENDAPAT...

Oleh Warga Wisma Darul Iman

Tak reti dah nak cakap atau nak ulas mengenai bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu ini.
Ada mengatakan beliau masih bercita-cita untuk kembali ke jawatannya. Untuk apa? Kata dah bersara!

Saya pun hairan dengan blog www.teganukini.blogspot.com semalam.

Sedap-sedap je mulut meminta Mokhtar hentilah provokasi untuk kembali menjadi SUK pada bulan March ini.

Bulan Mac? Ada apa? Setahu saya ia ada kaitan dengan cakap-cakap bahawa Datuk Ahmad Said akan digugurkan. Kenapa pula?

Siapa bawa cerita itu? Mokhtar sendiri ke? Tidak munasabah kerana Mokhtar tidak minat dengan politik.

Mungkin sebelum ini dia pergi ke perjumpaan mereka yang menentang Menteri Besar sekarang pun kerana terpaksa atau tidak sengaja. SUK tidak boleh berpihak. Mana boleh begitu.

Hairan sungguh apabila teganukini meminta bekas SUK itu supaya “rancanglah sesuatu kerja kebajikan kepada rakyat Terengganu dengan kurniaan besar yang telah Dato' terima daripada kerajaan negeri.”

Kenapa pula teganukini memandai-mandai? Itu tuduhan, kalau tidak benar nanti susah!

Bukan itu sahaja. Teganuku pergi lebih jauh dengan berhujah : “Sekiranya rasa benci dan dendam menebal kepada Dato' Ahmad Said, lepaskanlah segala jawatan-jawatan dalam GLC yang masih lagi belum dilepaskan. Ramai lagi Pegawai-Pegawai sedang menunggu untuk menggantikan tempat bagi mendapat pengalaman mentadbir dunia koperat.”

Aiiii...ini dah macam nak berbalah besar. Teganukini mengesyurkan agar Mokhtar memberikan “kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Mazlan Ngah dan Dato' Razak Ismail dalam mengambil tugas sebagai pengganti.”

Hmm entahlah, bingung dibuatnya dengan kerenah politik dan pentadbiran di Terengganu.
Persoalannya siapa dok jek atau dok pump Mokhtar Nong ini?

Teganukini merujuk kepada tiga ADUN. Siapa dia ya?

Kata teganukini : “Kepada tiga lagi ADUN, ikutilah jejak langkah YB. Ustaz Ramli dan rakan-rakan dalam kembali kepangkal jalan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Ahmad Said dan Kerajaan Negeri bagi memastikan Terengganu terus maju dan membangun.

Berilah kerjasama sebagaimana ADUN lain memberi kerjasama semasa semasa YB menjadi exco dan MB suatu masa dulu...”

Teganukini memberikan panduan: “Kebanyakan YB YB masih muda dan masih dapat pergi jauh dalam arena politik seandainya UMNO masih belum berkubur. Kembalilah kepangkal jalan sebagaimana Ustaz Ramli dan rakan-rakan demi masa depan tuan-tuan semua.”

Betul juga – buat apa berbalah sesama sendiri.

Betul juga kata Teganukini bahawa semua pihak patut mencontohi Yang Berhormat Ustaz Ramli Noh yang melalui blognya mengucapkan selamat bersara kepada Mokthar Nong dari jawatan Setiausaha Kerajaan Terengganu, yang juga merupakan senior beliau semasa beliau sama-sama penjawat awam sebelum jadi ADUN.

Begitulah tertibnya seorang ADUN yang berpendidikan agama dan bekas seorang Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu yang faham akan peraturan dan tatacara persaraan seorang penjawat awam.

Apabila surat persaraan dihulurkan kepada kerajaan bermakna berakirlah riwayat perkhidmatan dengan kerajaan, diikuti dengan alam percutiaan sebelum bersara dan akhirnya alam persaraan.

Ini tidak. Ada kalangan ahli politik di Terengganu yang cuba menaikkan semula semangat Mokhtar Nong yang sudah bersara. Kononnya kalau mereka ‘jadi MB’, Mokhtar Nong akan kembali.

Tidak tahu saya kepada siapa Teganukini rujuk tetapi kata blog berkenaan: “Berbeza dengan rakan ADUN bloggernya, walaupun secara pelat dapat sebut Hadis dan Quran dalam sidang DUN di bawah PAS dulu, loket untuk ucap selamat bersara dalam laman webnya walaupun ia percuma untuk sama-sama mengucap selamat bersara kepada Mokthar.

Sedangkan semasa zaman sebelum ini tidak kurang Mokhtar membantu memberi kelulusan perojek-projek besar dan kecil secara 'rundingan terus' semasa menjadi Pegawai Kewangan dan kelulusan tender semasa menjadi SUK kepada kroni beliau, termasuklah projek Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada awal tahun lalu.

Sebagai bloger berhormat, janganlah loket, berilah ucapan selamat bersara kepada Mokthar, agar dapat meninggalkan perkhidmatan dengan aman dan dapat menafaatkan ganjaran yang besar yang diterima daripada kerajaan khusus untuk berbakti kepada masyarakat Terengganu.”

Tak reti saya. Itu masalah dalaman. Saya setuju dengan Teganukini bahawa “Kepada Dato' Mokthar, terimalah hakikat bahawa Dato' telah membuat pilihahn yang tepat sebagaimana rakan-rakan Dato' sebelum ini termasuk Dato' Muhathar, Dato' Che Mat dan lain-lain lagi.”

Kalau dah susah sangat, saya cadangkan Mokhtar Nong masuk politik. Bertanding pilihan raya. Tenguk apa jadi dengan bekas pegawai tinggi kerajaan negeri yang kini jadi YB PAS.
Mudah sikit mahu dedah kelemahan kerajaan.

Dengan berbuat demikian, boleh berperang secara berdepan dengan Ahmad Said atau sesiapa juga Menteri Besar akan datang.

Baru anak jantan, bukan main tikam belakang!

No comments:

Post a Comment