
"Kita ada tiga peserta dari luar negara iaitu dua dari Australia dan seorang dari Thailand," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta ekspedisi 4x4 dan motocross, di Kuala Terengganu.
Beliau berkata menerusi ekspedisi tersebut, peserta berpeluang melihat kawasan pelancongan negeri Terengganu seperti Sungai Loh, Air Terjun Cemarum, Pasir Raja dan Kubu Mat Kilau di Dungun selain berpeluang melihat pokok cengal yang terbesar di negara ini di Bukit Mandi Angin, Dungun.

"Tahun depan, kita akan merancang untuk mengadakan lagi program seperti ini yang akan melibatkan lebih ramai peserta dari luar negara," katanya.
Ekspedisi itu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Gedud 4x4 Adventure Club Terengganu, Kementerian Pelancongan, Pejabat Perhutanan, Kelab 4x4 Malaysia dan Isuzu Malaysia.
No comments:
Post a Comment