Friday, March 12, 2010

5 Kes ILI Dikesan di Terengganu antara 28 Feb dan 6 Mac

Lima kejadian kluster ILI dilapor sepanjang minggu lepas iaitu tiga kes berlaku di tiga sekolah di Terengganu; Sekolah Menengah Kerteh yang melibatkan empat pelajar, Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang membabitkan lima pelajar dan Sekolah Kebangsaan Mak Lagam, Kemaman yang melibatkan lima murid.

Kejadian kluster ILI lain ialah satu kes di Kem PLKN Chini, Pekan, Pahang yang melibatkan 11 pelatih dan satu kes di Kampung Gadak Dalam, Rompin, Pahang yang melibatkan 12 penduduk Orang Asli.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata empat daripada kejadian kluster itu adalah positif manakala kejadian kluster di Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang negatif untuk H1N1.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan terhadap kes-kes klinikal H1N1 dan kluster ILI yang berlaku, setakat ini tiada tanda berlakunya gelombang kedua H1N1.
Sementara itu seramai 297 pesakit baru dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh 28 Feb hingga 6 Mac lepas, kata Beliau berkata ia adalah peningkatan sebanyak 34 kes pesakit baru berbanding 263 kes yang dicatat pada minggu sebelumnya.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehinga 6 Mac lepas adalah sebanyak 358 kes di 40 hospital kerajaan dan empat hospital swasta.

"Daripada jumlah itu hanya 18 pesakit atau lima peratus merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehingga 6 Mac lepas, jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah 12,488 dan empat kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga daripada kes itu mempunyai faktor risiko.

Dr Mohd Ismail berkata
Bagaimanapun, risiko atau kemungkinan berlakunya gelombang kedua tetap ada kerana masyarakat Malaysia secara amnya masih terdedah terhadap H1N1.

Kejadian kluster ILI yang terus berlaku menunjukkan H1N1 di negara ini masih lagi aktif walaupun terkawal, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang disaran Kementerian Kesihatan.

Dr Mohd Ismail berkata suntikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan H1N1 telah bermula minggu lepas dan orang ramai yang dikategori sebagai kumpulan sasar berkeutamaan boleh mendapatkan suntikan di 104 fasiliti kerajaan yang dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment