Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata

"Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pelumba basikal dunia Azizulhasni Awang sebagai mengiktiraf kejayaannya. Kejayaannya merupakan satu sejarah kepada negara," katanya di Kuala Terengganu.
Mengulas lanjut beliau berkata tanah yang akan diberi kepada anak jati Kuala Ibai itu terletak dalam kawasan Kuala Terengganu.
Katanya kerajaan negeri juga bangga kerana ramai jaguh lumba basikal negara berasal dari Terengganu.
Selain Anuar, tujuh lagi anak negeri itu bertanding pada LTdL baru-baru ini, katanya.
Berasaskan faktor itu Ahmad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan sendiri untuk bertanding pada LTdL akan datang.
No comments:
Post a Comment