
"Saya akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu.
Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum berlepas ke Guangzhou untuk lawatan lima hari.
Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu.
Ahmad Said berkata, lawatan rombongan dari Terengganu itu adalah bertepatan kerana pada masa yang sama satu ekspo perdagangan sedang berlangsung di Guangzhou.

"Kita adakan pertemuan di sana dengan mengadakan dialog bagi mengembangkan industri itu kerana kita mahu jadikan Terengganu sebagai pangkalan bekalan sarang burung walit yang bermutu tinggi di dunia," katanya.
Menurut beliau, sehingga kini Terengganu mengeksport kira-kira 100 kilogram sarang burung walit sebulan ke Guangzhou dengan harga RM25,000 sekilogram.
No comments:
Post a Comment