Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Terenganu menawarkan program latihan jangka pendek kepada mereka yang berminat.
Pengarahnya, Zahir Ahmad berkata pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengikuti latihan selama enam bulan bagi kraf tenunan songket dan kraf tembaga.
Bagi kursus kraf batik terap atau canting dan kraf anyaman bertulang, ia akan diadakan selama tiga bulan, katanya.
"Setelah tamat mengikuti latihan, kami akan membimbing pelatih supaya menjadi usahawan atau mendapatkan kerja di tempat yang sesuai dengan bidang yang mereka ceburi," katanya.
Zahir berkata perbadanan tersebut turut menyediakan elaun sebanyak RM450 sebulan kepada setiap pelatih sepanjang tempoh mereka menjalani latihan yang akan bermula 1 Jun ini.
Borang permohonan untuk mengikuti kursus boleh diperolehi di pejabat perbadanan di Kawasan Perindustrian Chendering.
Tarikh tutup permohonan ialah sebelum 20 Mei dengan sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi di talian 09-6171033.
No comments:
Post a Comment