Pulau Redang, yang disifatkan sebagai antara 10 buah pulau tercantik di dunia, kini menerima pelancong melebihi 200,000 orang setiap tahun.
Namun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Za'abar Mohd Adib berkata kedatangan pelancong yang begitu ramai ke pulau itu amat membimbangkan kerajaan negeri.
"Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong, tetapi dalam masa yang sama kita kena jaga alam semula jadi dan keadaan sekitarnya daripada tercemar.
"Kita juga bimbang suatu masa nanti tidak ada orang akan datang ke Pulau Redang sekiranya batu karangnya rosak dan sebagainya," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Sehubungan itu, Za'abar berkata kerajaan negeri bercadang untuk mengurangkan kehadiran pelancong ke Pulau Redang daripada 200,000 kepada 160,000 orang setiap tahun.

Katanya kerajaan negeri terpaksa melihat kepentingan itu dan dalam masa yang sama akan memberi komitmen untuk menaik taraf kemudahan di pulau itu, antaranya bekalan air bersih ke Teluk Kalong dan Pasir Panjang bernilai RM10 juta.
Za'abar berkata di Pulau Redang pada masa ini terdapat sebuah hotel bertaraf lima bintang dan 29 buah resort dengan jumlah 1,059 bilik.
Kerajaan negeri turut menerima dua permohonan untuk membina hotel di Pulau Redang dan kedua-dua permohonan itu sedang dipertimbangkan, katanya.

Salam Tuan,
ReplyDelete"Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong, tetapi dalam masa yang sama kita kena jaga alam semula jadi dan keadaan sekitarnya daripada tercemar."
??? biar betul Dato... kemusnahan batu karang disebabkan kedatangan pelancong yang ramai ? Jadi kalau kita hadkan bilangannya, tidak musnahlah batu karang atau lambat sikit musnahnya ?
Bukan soal ramai atau sikit tapi soal keprihatinan kita yang menjadi faktor utama. Kalau sedikit, walaupun mereka pelancong eksklusif yang bayar mahal untuk menginap di Redang.. tapi kalau tidak pandai menghargai alam, hancur juga jadinya !
Yang penting disini adalah pendidikan semua pihak tentang perlunya kita menjaga alam sekitar. Apakah resort2 mempunyai sijil alam sekitar ? apakah pemilik2 resort menjaga bahagian mereka dalam pencemaran alam ? contoh sistem kumbahan, pembuangan sampah...
Apakah ada sessi peringatan kepada setiap pelancong yang datang tentang dos and donts bila berinteraksi dengan alam di Redang ?
Apakah ada study dilakukan oleh kerajaan negeri tentang faktor2 yang merosakkan batukarang ? mengikut keutamaan...kita tackle masalah satu persatu bermula dari faktor yang paling besar.
Jangan lupa juga kesan jangka panjang contoh penggunaan sunblock, racun2 dari baja rumput dll.
Bukan ramai atau sedikit bilangan pelancong menjadi faktor utama tapi sikap kita.
PS - pernah lihat betapa besar kerosakan batukarang semasa pembinaan padang golf Berjaya 15 tahun dulu?(yang kesannya sehingga kini dapat dilihat di Taman Laut) atau semasa pembinaan sebarang resort dipulau ?