Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menelan belanja kira-kira RM3 bilion dijangka hanya boleh digunakan dua tahun lagi bukan tahun depan.
Lebuh raya sejauh 183 kilometer itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 plaza tol itu tidak dapat disiapkan dala tempoh dijangkakan kerana masalah kontraktor.
Kerana itu, kerajaan Terengganu kecewa dengan perkembangan ini dan kemajuan yang perlahan pembinaan LPT2 diakibatkan oleh masalah kontraktor turut merugikan kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata pembatalan beberapa kontraktor dan proses menender semula projek itu pastinya akan memberikan kesan kepada projek berkenaan.
Sepatutnya LPT2 bernilai RM3 bilion itu dari sempadan Pahang hingga ke Kampung Gemuruh sepatutnya siap tahun depan.
Namun kini, ia dijangka hanya akan digunakan pada 2012.
“Kerajaan akan mengalami kerugian daripad kelembatan dan proses tender semula kerana harga bahan untuk pembinaan akan naik berlipat ganda.
“Harap-harap selepas ini tiada lagi masalah, “ katannya Rabu lalu.
Beliau sudahpun mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk menjamin perlaksanaan LPT2 berjalan lancar kerana jika segalanya berjalan ikut jadual perjalanan terus antara Pahang dan Kemaman menjadi lebih cepat.
Ini akan membantu mempercepatkan poerjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman dan tempat lain di Terengganu.
No comments:
Post a Comment