Thursday, May 20, 2010

Takziah - Ibu Speaker DUN Terengganu Meninggal Dunia

Ibu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Halimah Mahmud, meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.

Halimah yang berusia 86 tahun, sebelum ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat sakit tua.

"Anggota keluarga termasuk Tengku Putera berada di sisi Allahyarham sepanjang malam sehinggalah ibunya menghembus nafas terakhir pagi ini," kata pegawai khas Tengku Putera, Mohd Shukri Mohd Nor ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menziarahi Allahyarham malam tadi selepas selesai merasmikan majlis Tilawah Quran peringkat negeri Terengganu di Padang Astaka Kuala Berang.

Katanya jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kepah, Hulu Terengganu selepas Zohor semalam.

No comments:

Post a Comment