Seorang lelaki warga Belanda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memperdayakan sebuah yayasan diraja, bulan lepas.
Zvonko Berdik Albert, 65, didakwa menggunakan dokumen "Bill of Exchange Bedford International Financial Group" kononnya bernilai 150 juta Euro (1 Euro=RM4.21) bertujuan untuk didermakan kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Bagaimanapun, tertuduh mengetahui dokumen itu adalah palsu ketika ia diserahkan kepada yayasan tersebut di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng pada 12 tengah hari, 16 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim S.M. Komathy Suppiah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment