Saturday, June 5, 2010

Lima kes ILI di Lake Kenyir Resort & Spa

Sebanyak 48 kes baru telah disahkan menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 kini sebanyak 14,912 kes.

Selain itu, empat kejadian baru kluster serupa influenza (ILI) dilaporkan di empat negeri dalam tempoh 24 jam lepas.

Kes tersebut dilaporkan di Lake Kenyir Resort dan Spa di Terengganu (lima orang), kediaman di Jalan Cenderamata, Kg Kurnia, Kebun Teh, Johor (dua orang), kediaman Felda Lui Muda di Jempol, Negeri Sembilan (lima orang) dan kediaman di Jalan TU 61 Taman Tasik Utama Air Keroh, Melaka (enam orang).

Katanya sebanyak 532 kes ILI telah dipantau dan dirawat di hospital yang mana 76 (14.3 peratus) disahkan positif H1N1.


Satu kes kematian akibat influenza A (H1N1) telah disahkan, menjadikan jumlah kematian terkumpul setakat ini ialah 88 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata kes terbaru itu melibatkan seorang remaja perempuan tanpa faktor risiko yang berumur 14 tahun dari Perak.

"Hasil laporan pakar perubatan dan keputusan ujian klinikal mengesahkan bahawa penyebab kematian ialah "severe bilateral pneumonia" berpunca daripada jangkitan virus influenza A(H1N1)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Untuk makluman, jumlah kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU ialah lapan kes di mana tujuh kes adalah individu yang menpunyai faktor risiko," katanya.

Dr Ismail menasihatkan orang ramai bahawa jangkitan H1N1 di negara ini masih aktif dan mereka perlu mengambil langkah berwaspada untuk mencegahnya.

Orang ramai boleh melayari http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline di 03-88810200/0300 untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment