Thursday, June 24, 2010

MB Terenganu umum Pertukaran Portfolio Exco

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said Khamis mengumumkan pertukaran portfolio ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri.

Pertukaran portfolio itu tidak membabitkan sebarang pengguguran ahli majlis namun hanya melibatkan pertukaran lima portfolio Exco yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini, kata Ahmad dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini disandang oleh Yahya Khatib Mohamad akan digantikan oleh Datuk Za'abar Mohd Adib sementara Yahya akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri.

Portfolio itu sebelum ini dijawat oleh Ashaari Idris yang kini dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri yang sebelum ini disandang oleh Za'abar akan digantikan oleh Datuk Rahin Mohd Said.

Rahin sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, akan digantikan Rozi Mamat yang sebelum ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Ahmad berkata, surat arahan pertukaran kepada semua Exco yang terlibat telah pun dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah.

"Pertukaran ini diharap dapat memberi satu pendedahan dan pengalaman baru dan ia merupakan satu proses 'enrichment' yang berterusan kepada Exco kerajaan negeri.

"Saya percaya gandingan kesemua barisan Exco yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk merakyatkan pentabiran dan pembangunan," katanya.

1 comment:

  1. Tepat sekali jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang digantikan oleh Datuk Za'abar Mohd Adib, sebagai orang teknikal harap dapat tangani isu "Terengganu Darul Runtuh". Sesuai sekali Yahya memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, sebagai seorang berpendidikan Agama harap dapat terapkan nilai-nilai Islam dalam agihan bantuan kepada rakyat.

    Ashaari Idris mewarisi orang Setiu sebelum ini Tg Mahmud, Dr. Wahab, Mamat Ghazalee dan Mat Jidin ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

    Rahin Said amat tepat mempengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan kerana Datuk Rahin Mohd Said ini fasih berbahasa Inggeri disamping pendedahan luas peringkat antarabangsa.

    Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, akan digantikan Rozi memang tepat kenana seorang muda yang menjadi pengerusi majlis belia hulu terengganu disampng pengerusi 4b negeri.

    Semuga Terengganu sentiasa pelihara Alla.

    ReplyDelete