Ahmad Said meminta tanda tangan penulis pada buku yang mereka hasilkan, selepas dilancar.
Wartawan di seru bergabung dalam satu pertubuhan yang kuat agar suara dan perjuangan mereka lebih berkesan dan padu.
Jika banyak persatuan, ia bagaikan ‘lidi sebatang’ dan suara mereka menjadi kurang berkesan kerana jika ‘lidi seberkas’ ia akan menjadi kesatuan yang kukuh.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata sebagai wartawan mereka adalah kumpulan istimewa kerana pena mereka lebih tajam daripada mata pedang.
Sumbangan mereka terbukti dengan tulisan wartawan yang berjaya menumbangkan Malayan Union dan tuntutan kemerdekaan.
“Bagaimanapun janganlah kemahiran yang ada pada wartawan digunakan untuk memfitnah, berbohong dan menjatuhkan orang yang tidak berdosa.
Sebaliknya wartawan adalah kumpulan yang boleh mengubah suasana politik dan menjamin ia menguntungkan rakyat dan negara,” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada jamuan Malam Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) di Sri Iman, Kuala Terengganu yang disertai lebih 450 tetamu malam semalam.
Pada majlis itu, selain meraikan wartawan seluruh negeri dan dari Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur, turut diadakan anugerah wartawan dalam empat kategori – berita, rencana, puisi dan drama.
Turut diadakan ialah anugerah untuk tokoh masyarakat dan tokoh politik paling lama.
Selain itu, pelancaran buku dan sebuah majalah turut dilakukan oleh Menteri Besar.
Ahmad Said berbangga kerana PEWARTA walaupun kecil bilangan ahlinya iaitu 70 orang sahaja tetapi sepanjang dua tahun lalu menghasilkan 26 judul buku pelbagai tajuk mengenai Terengganu.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah seperti hamper dan tiket penerbangan ke Subang dan Jogjakarta sumbangan Firefly dan Penerbangan Malaysia (MAS).
Pemenang tikel kapalterbang ke Jogjakarta sumbangan MAS.
No comments:
Post a Comment