Monday, July 19, 2010

MIDA Terengganu sedia bantuan pelaburan

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) negeri menyediakan bantuan kepada syarikat di negeri ini yang berhasrat melabur dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan berkaitan.

Pengarahnya, Wan Noraini Abdul Rahman berkata, bantuan berkenaan sejajar ungsi MIDA sebagai agensi utama kerajaan bagi menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan perindustrian seluruh negara termasuk di negeri ini.

Katanya, pihak tertentu yang berminat melabur digalakkan berbincang mengenai projek yang diminati dengan pegawai Mida di Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, di Kuala Terengganu.

Wan Noraini berkata, menerusi bantuan itu, ia akan memudahkan pelaksanaan dan operasi projek yang dijalankan syarikat yang berminat untuk melabur.

“Perkhidmatan luas disediakan Mida termasuk membekalkan maklumat mengenai peluang pelaburan dan membantu syarikat yang mencari rakan usaha sama.

“Selain itu, Mida juga menilai permohonan lesen pengilang, insentif cukai, jawatan asing dan pengecualian cukai (atas bahan mentah, komponen, jentera dan kelengkapan) bagi projek dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan berkaitan,” katanya.

No comments:

Post a Comment