Tuesday, July 13, 2010

Seminar Perusahaan Burung Walit Di Terengganu

Berita gembira untuk mereka yang berhajat menyertai perusahaan burung walit.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu akan menganjurkan seminar tentang perusahaan burung walit pada 1 Ogos ini.

Seminar sehari ini akan diadakan di Terengganu Endurance Resort di sini.

Pengarah jabatan tersebut, Dr Azizol Mohd Sharun berkata seminar itu bertujuan menggalakkan Bumiputera menyertai perusahaan tersebut yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Peserta akan dikenakan bayaran RM250 seorang.

No comments:

Post a Comment