Tuesday, August 3, 2010

Hmm Hingga Menjilat Jari...

Bukan iklan Kentucky Fried Chicken tetapi Pesta Durian anjuran Unit Komunikasi Negeri (UKOM) di Pejabat UKOM di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu.

Pesta yang disertai oleh lebih 200 jemputan dan kakitangan UKOM, Pejabat Menteri Besar serta Setiausaha Kerajaan Negeri itu berlangsung hampir empat jam, Khamis lalu.

Selain durian, buah lain yang dihidangkan ialah rambutan, duku-langsat serta manggis.
Paling menarik pulut durian.

Ada juga yang sempat membawa balik sebiji dua durian selain menjamu pulut durian dengan rakan-rakan.

Acara tahunan itu turut disertai beberapa wartawan dan jurugambar syarikat media di Kuala Terengganu.

Menurut Pengarah UKOM, Rosli Zakaria yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, pesta tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.

No comments:

Post a Comment