Saturday, August 14, 2010

Jangan bayar zakat kepada pemimpin

Umat Islam khususnya yang tinggal di kawasan kampung dingatkan supaya tidak membayar zakat fitrah kepada pemimpin masyarakat di kampung mereka sebaliknya perlu membayar kepada amil bertauliah.

Yang Diperua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Senara Muda Mazlan Hashim berkata, ini berikutan Maidam menerima banyak laporan kebanyakan umat Islam di kawasan kampung di negeri ini mengambil jalan mudah membayar zakat fitrah menerusi pemimpin masyarakat.

“Dari segi undang-undang pentadbiran, hanya amil bertauliah sahaja yang diberikan tanggungjawab memungut zakat fitrah ini.

“Bagi mereka yang membayar zakat fitrah bukan kepada amil bertauliah mereka telah menyalahi undang-undang itu,” katanya.

Katanya, pembayaran zakat fitrah bukan kepada amil bertauliah adalah tidak diiktiraf.

Justeru, beliau meminta umat Islam di kawasan kampung perlu lebih cakna dan mengambil berat akan perkara berkenaan agar zakat fitrah yang dikeluarkan diperoleh pihak yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment