Kerajaan negeri Kedah diminta agar peka dengan langkah membeli Tanah Rezab Melayu di Pulau Langkawi oleh orang asing.
Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) berkata mengikut konsep "Malaysia My 2nd Home" orang asing hanya dibenarkan membeli hartanah siap iaitu rumah dan bukannya tanah.
"Saya ingin tahu kerajaan negeri sedar atau tidak, terdapat 50 keluarga asing telah membeli tanah dan membina rumah banglo di Langkawi," katanya pada sesi soal-jawab.
Beliau berkata orang asing tersebut menjalankan perniagaan dengan menjadi banglo mereka sebagai untuk kediaman Homestay.
"Mereka juga membela anjing yang sering dibawa berjalan-jalan di pantai," katanya.
Menjawab soalan itu, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan memastikan nama orang Melayu tidak digunakan oleh orang asing bagi membeli harta di pulau peranginan tersebut.
"Kerajaan sedar ramai orang asing tinggal di Langkawi dan kita kawal supaya tiada tanah yang terlepas. Jika mereka masih hendak jadi `Ali -Baba' sukar bagi kita membanteras masalaah ini," katanya.
Azizan berkata baru-baru ini kerajaan negeri telah menolak permintaan orang asing hendak membeli sebuah pulau di Langkawi.

No comments:
Post a Comment