Menurut Utusan Malaysia, kerja-kerja membersih runtuhan bumbung itu bermula hampir sebulan lalu dilakukan syarikat Azimat Berkat Sdn. Bhd. yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Roslan Che Mohamad, buat permulaan, ia membabitkan kerja-kerja pembersihan bumbung yang runtuh di bahagian luar stadium berkenaan.
Beliau menjelaskan, kerja-kerja itu menggunakan dua buah kren dengan setiap satu seberat 25 tan sementara menunggu ketibaan tiga lagi kren yang lebih besar.
“Kita masih tunggu tiga kren dari Kuala Lumpur, tiga kren besar ini terdiri daripada satu yang beratnya 500 tan manakala dua lagi masing-masing 200 tan.
“Insya-Allah, kita jangka tiga kren besar ini tiba di sini dalam tempoh sehari dua ini,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Roslan memberitahu, setelah kerja membersih bumbung runtuh di bahagian luar stadium selesai, kerja-kerja diteruskan bagi membersih runtuhan di bahagian dalam pula.
Menurutnya, proses membersih runtuhan tersebut dilakukan setiap hari bermula kira-kira pukul 8 pagi hingga 5 petang, tidak terkecuali bulan puasa sambil dipantau oleh JKR.
Sebelum ini, syarikat Azimat Berkat Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawab bagi kerja-kerja pembersihan runtuhan bumbung stadium itu menganggarkan lebih 3,000 tan sisa perlu dikeluarkan.
Bagi tujuan itu, sekurang-kurangnya 30 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan kejuruteraan dari Bangladesh dan Indonesia bersama 10 jentera termasuk tiga kren yang beratnya antara 25 tan hingga 500 tan digunakan.

No comments:
Post a Comment