Tuesday, August 10, 2010

Penyu betina dilepas selidik migrasi penyu belimbing

Seekor penyu belimbing betina berumur 32 tahun akan dilepaskan bagi membolehkan Jabatan Perikanan Terengganu dan FRI Rantau Abang membuat kajian tentang migrasi penyu-penyu ke Rantau Abang.

Penyu tersebut yang dilengkapi alat satelit migrasi akan dilepaskan esok.

"Langkah ini bertujuan untuk mengetahui laluan migrasi penyu belimbing yang telah mendarat dan bertelur di pantai Rantau Abang.

"Ia juga untuk mengumpul maklumat lain seperti kadar kemasinan dan suhu air laut. Dijangkakan penyu belimbing ini akan berenang sehingga ke Lautan Pasifik,” kata Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zakaria Ismail.

Beliau berkata, langkah tersebut julung kali diadakan dalam tempoh 20 tahun ini.

Zakaria berkata, penyu yang bakal dilepaskan itu merupakan hasil daripada projek penetasan telur penyu yang dilakukan di Terengganu pada 1978.

No comments:

Post a Comment