Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu (PSMCT) masih memerlukan sokongan dan bantuan dari Kerajaan Negeri untuk kerja persiapan dalaman bagi rumah sejarah yang dikenal Teratak Sejarah Terengganu (TST).
Penolong Setiausaha Kehormat PSMCT, Ashari Katib Hasan berkata, setakat ini kerja baik pulih sudah siap sepenuhnya tetapi setelah penelitian dibuat masih terdapat kekurangan yang tidak dilakukan secara sempurna.
“Kita akan panggil semula pihak kontraktor untuk membuat kerja baik pulih di tempat yang dikenal pasti kerana sebelum ini perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk pembinaan itu,” katanya kelmarin.
Menurutnya, walaupun masih terdapat kelemahan yang dilakukan oleh pihak kontraktor, TST sudah bersedia menerima kehadiran pengunjung untuk menggunakan bahan sejarah yang ada sebagai rujukan dan kajian.
“Kita juga meminta kerjasama pihak muzium untuk meletakkan bahan pameran yang sudah dipamerkan di muzium ke TST sebagai tatapan kepada pengunjung,” katanya.
No comments:
Post a Comment