Soal sama ada sudah tiba masanya untuk mengembalikan teraju kepimpinan UMNO Terengganu kepada pemimpin tempatan sebenarnya terletak di tangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini menerajui Badan Perhubungan UMNO Terengganu menegaskan, beliau tidak boleh memutuskannya kerana kuasa terletak di tangan Najib.
Beliau diminta mengulas desakan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang mahu jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Mengulas mengenai pergeseran yang kelihatan masih berlarutan dalam UMNO Terengganu, Hishammuddin berkata, pucuk pimpinan UMNO akan menilai masa depan wakil-wakil rakyat yang terus mencetuskan masalah.
Hishammuddin berkata, mereka yang mengambil tindakan dan melakukan sesuatu yang tidak berkisar pada realiti politik hari ini akan dinilai oleh pucuk pimpinan dari segi kepimpinan peribadi masing-masing.
No comments:
Post a Comment