Friday, September 3, 2010

100 Metrik Tan Daging Diperlukan Untuk Hari Raya Di Terengganu

Sekurang-kurangnya 100 metrik tan daging diperlukan untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri di Terengganu, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Dr Azizol Mohd Sharun.

Katanya sebanyak 400 hingga 500 ekor lembu dijangka disembelih di seluruh negeri, sehari sebelum hari raya, bagi memenuhi permintaan.

"Peniaga-peniaga daging lembu boleh mendapatkan permit untuk sembelihan di pejabat JPV daerah masing-masing mulai sekarang," katanya semalam.

Azizol berkata keseluruhan ayam yang digunakan sepanjang bulan puasa dan hari raya di seluruh negeri ini adalah 1.35 juta ekor manakala lapan juta biji telur ayam diperlukan sepanjang bulan puasa dan hari raya.

No comments:

Post a Comment