Friday, September 3, 2010

Pengeluaran Lesen Bot Laut Dalam Dibekukan Sementara Waktu

Mulai kelmarin (1 September 2010), semua permohonan baru lesen bot laut dalam tidak akan diterima buat sementara waktu oleh Jabatan Perikanan.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Zakaria Ismail berkata ini kerana pihaknya ingin mengkaji terlebih dahulu keberkesanan industri perikanan laut dalam.

"Kita akan kekalkan lesen sedia ada," katanya semalam.

Zakaria berkata sebanyak 3,166 lesen telah dikeluarkan kepada bot laut dalam di Terengganu sehingga Julai tahun ini.

No comments:

Post a Comment