Thursday, September 23, 2010

Pesawat Tudm Tergelincir Di LTSM

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) DA90 (Falcon) terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), disebabkan tayarnya pecah ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM di Kuala Terengganu semalam, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.25 pagi tadi, ketika pesawat dari No 2 Skuadron itu menjalani latihan penerbangan.

Juruterbang telah bertindak pantas memberhentikan pesawat berkenaan yang berjaya mengelak berlakunya sebarang kerosakan lain, katanya.

Akibat kejadian itu, landasan telah ditutup sehingga pukul 1 petang semalam.

Pasukan Teknikal yang tiba di lokasi kejadian telah berjaya menukar tayar tersebut dan pesawat akan diterbangkan kembali ke Pangkalan Udara Subang, menurut kenyataan itu.

1 comment:

  1. Masalah tayar kapal terbang bukanlah teknikal sangat. Apakah TUDM cuai dalam kerja kerja penyelenggaraan pesawatnya. Apa pun alasan yang diberi TUDM tidak bolih bergantong kepada kecekapan juruterbangnya sahaja untok mencegah kemalangan dan kerugian yang besar.

    ReplyDelete